Program Klik Dengan Bijak SMK Kampung Nangka Sibu Pasca PT3

30 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Oktober 2019, Selasa, Pusat Internet (PI) Kampung Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang dan Seduan Rantau Panjang telah menjalankan Program Klik Dengan Bijak di SMK Kampung Nangka Sibu untuk pelajar PT3.

Seramai 151 orang pelajar yang telah menghadiri taklimat tersebut yang bermula dari jam 8:00 am sehingga jam 10:00 am di bertempat di Dewan SMK Kampung Nangka Sibu.

Antara pengisian program adalah Pengenalan PI, program Advokasi,Internet dan KDB,Buli Siber, Penyebaran Maklumat Palsu, Oversharing, Taklimat Ringkas Penutupan Siaran TV Analog (ASO) dan Pelaksanaan Siaran TV Digital Myfreeview dan kuiz KDB.

Program diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali